Friday, 16 September 2022

Luhur.


Ceritakan pada aku
Beritakan dan beritahu

Aku mahu tahu semuanya
Aku mahu hayati segala

Tentang apa dan kenapa
Mengenai bila dan siapa

Ajari aku semua itu
Pelajari aku untuk itu


kerna,


Aku gelisah melihat bulan
Aku yang masih asing menghadap kehidupan
Aku runsing yang ketidaktenteraman

Aku membaca kata-kata
Aku melihat banyak cerita
Tetap aku ralat dengan jiwa


No comments:

Post a Comment